Soalan Lazim
SOALAN LAZIM - Maxis Lifestyle
-
Maxis Lifestyle (dahulunya dikenali sebagai Maxis TV) menawarkan langganan untuk kandungan video, music dan gaming untuk semua pelanggan Maxis dan Hotlink menerusi kaedah pembayaran "Bayar dengan Maxis" dan
"Bayar dengan Hotlink".Untuk pelanggan Postpaid, kandungan langgunan anda akan dibilkan dalam bil seterusnya dan bagi pelanggan Prepaid, ianya akan ditolak daripada kredit Hotlink yang masih ada anda.
-
Terdapat tiga (3) pilihan:
- Daripada aplikasi Maxis/ Hotlink, pada halaman HOME, antara butang service dan account anda, anda akan lihat butang "Lifestyle" bersama dengan "Pay Bill", "Devices" dan "Roaming". Klik "Lifestyle" dan anda akan dibawak ke portal Maxis Lifestyle.
- Pergi ke browser anda, copy dan paste (https://lifestyle.maxis.com.my/) dan tekannya.
- Daripada laman web rasmi Hotlink atau Maxis, anda dapat lihat pilihan "Lifestyle" pada bahagian atas laman web, klik sahaja "Lifestyle" untuk pergi ke portal Maxis Lifestyle.
Sekiranya anda berminat untuk melanggan kandungan-(kandungan) ditawarkan oleh Maxis Lifestyle, klik sahaja butang ikon manusia pada bahagian kanan atas pada portal Maxis Lifestyle untuk log masuk dengan Maxis ID atau nombor telefon.
-
Dengan Maxis Lifestyle, anda boleh menikmati Add-On Super Streamer (pas sekali guna) yang dilengkapi dengan data strim tanpa had*. Add-On Super Streamer adalah seperti berikut:
*Pas-pas ini dilengkapi dengan data tanpa had dengan Polisi Kadar Saksama.
Add On Super Streamer sooka Add On Super Streamer Viu
Add On Super Streamer iQIYI
RM15.00/ 30 HariRM9.90/ 30 HariRM9.90/ 30 Hari -
Sebab yang paling ketara mengapa pilihan untuk melanggan Add-On Super Streamer tidak kelihatan untuk anda adalah kerana anda bukan di dalam pelan yang layak.
Anda boleh kekalkan pelan semasa anda dan langgan mana-mana pas pada Harga Runcit Disyorkan (HRD), yang mempunyai harga yang sama seperti langganan daripada penyedia kandungan secara langsung melalui laman web atau aplikasi mereka.
Jika anda ingin melanggan Add-On Super Streamer, tukar pelan semasa anda kepada "Pelan Layak" seperti disebutkan di atas; kemudian, pilihan Add-On Super Stream akan dipaparkan di portal Maxis Lifestyle setelah anda menukar kepada pelan yang layak.
-
Pas Super Streamer adalah pas satu masa dengan data tanpa had dan harganya lebih rendah daripada HRD. Manakala pilihan lain yang anda lihat adalah pas pembaharuan automatik yang ditujukan untuk semua pelanggan Maxis dan Hotlink dan harganya adalah sama seperti tawaran penyedia kandungan itu sendiri.
Pas satu masa akan tamat pada hari yang ke-30 dan anda akan diberitahu 3 hari sebelumnya. Jika anda ingin meneruskan, beli sahaja pas yang sama sekali lagi.
Pas auto-pembaharuan akan diperbaharui secara automatik selepas hari yang ke-30. Dan anda akan diberitahu 3 hari sebelumnya dan setelah pembaharuan berjaya. Sekiranya anda ingin membatalkan, urus langganan anda melalui portal Maxis Lifestyle.
-
Kami mohon maaf pas ini hanya ditawarkan untuk pelanggan Maxis dan Hotlink sahaja* buat masa sekarang. Layari www.maxis.com.my untuk ketahui lebih lanjut tentang pakej kami, jadi anda boleh melanggan Maxis Lifestyle.
*Jika anda pelanggan Maxis Home Fibre sahaja, anda tidak boleh untuk melanggan Maxis Lifestyle.
-
Kami mohon maaf buat masa sekarang anda hanya boleh bayar dengan Maxis/Hotlink.
-
Anda boleh membeli pas pelbagai daripada pembekal berbeza tapi bukan daripada pembekal kandungan yang sama. Membeli pas daripada pembekal kandungan yang sama adalah tidak dibenarkan.
-
Add On Super Streamer – akan ditarik daripada data tanpa had tambahan yang khusus untuk penstriman kandungan masing-masing sahaja.
Penggunaan data untuk pas yang lain akan diambil daripada kuota kadar asas pelan anda, atau kuota tambahan yang diberikan oleh pas tersebut. Jika kuota tambahan diberikan dengan pas penstriman, maka penggunaan data akan diambil dari kuota tambahan diikuti oleh kuota dari pelan anda.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink