Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Pakej 5G RAHMAH

  • Pakej 5G RAHMAH adalah inisiatif oleh kerajaan dengan kerjasama pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan dalam bentuk subsidi pelan mudah alih 5G dengan pakej telefon pintar. Objektif utamanya adalah untuk menyediakan pakej berpatutan pada semua rakyat Malaysia untuk menikmati kesalinghubungan rangkaian 5G.

    Untuk semua rakyat Malaysia

    Model Peranti Yuran Pendahuluan Peranti Bayaran Pendahuluan Peranti
    Vivo Y27 5G (HRD: RM899) RM120 RM210
    OPPO A79 5G (HRD: RM1,199) RM239 RM210

    Untuk Pelanggan 100,000 Segmen B40 terawal

    • Selain daripada tawaran “Untuk semua rakyat Malaysia” di atas, anda akan menikmati subsidi tambahan sebanyak RM120 untuk Peranti yang Layak yang akan mengimbangi Yuran Pendahuluan Peranti semasa pembelian.
    • Tertakluk pada semakan kelayakan oleh kakitangan Maxis / Hotlink melalui portal web yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia.
    • Terhad kepada kuota subsidi yang diperuntukkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia untuk Maxis / Hotlink.


    Notis Penting

    • Tawaran tertakluk pada ketersediaan stok Peranti yang Layak.
    •  Rebat bil RM10 x 24 bulan akan ditunjukkan daripada bulan ke-2 dan seterusnya.
    • Subsidi tambahan RM120 untuk B40 hanya terpakai untuk Yuran Pendahuluan Peranti dan tidak boleh digunakan untuk mengimbangi Bayaran Pendahuluan Peranti atau bayaran langganan bulanan.
    • Bayaran Pendahuluan Peranti akan dikembalikan sebagai pengecualian bil dalam tempoh 12 bulan.
    • Waranti untuk Peranti yang Layak akan dilanjutkan kepada 24 bulan oleh pengilang.
    • Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
    • Pendaftaran baharu Hotlink Postpaid 70 dengan nombor baharu
    • Port-in / tukar daripada penyedia telekomunikasi tempatan yang lain kepada Hotlink Postpaid 70
    • Naik taraf daripada Hotlink Prepaid kepada Hotlink Postpaid 70
    • Naik taraf daripada Hotlink Postpaid 30, 40, dan 60 kepada pelan Hotlink Postpaid 70
  • Tempoh tawaran Pakej 5G Rahmah bermula 31 Ogos 2023 hingga 31 Mac 2024, tertakluk pada peruntukkan subsidi dan ketersediaan stok.

  • Kunjungi mana-mana Kedai Eksklusif Hotlink atau Maxis di seluruh negara, atau beli secara dalam talian dari laman web Hotlink di https://www.hotlink.com.my/en/campaigns/pakej-rahmah/

  • Kunjungi kedai Maxis / Hotlink berdekatan dan tunjukkan Kad Pengenalan (IC) kepada kakitangan mesra pelanggan kami untuk periksa kelayakan B40 anda. Jika layak, anda boleh boleh terus mendaftar untuk Pakej 5G Rahmah dengan tambahan subsidi RM120 sah digunakan serta merta, tertakluk kepada 100,000 pelanggan terawal (sah untuk semua pembekal telekomunikasi) dan kesediaan stok.

  • Pakej 5G Rahmah hanya sah untuk Pascabayar Hotlink 70 (dengan rebat RM10 x 24 bulan), dipakejkan dengan Peranti Layak dengan kontrak peranti selama 24 bulan seperti diterangkan dalam soalan nombor 3.

  • Bagi setiap MyKad yang layak: Tawaran "Untuk Semua Rakyat Malaysia", anda boleh menikmati dua (2) pilihan kontrak peranti setiap IC dan bagi "Pelanggan 100,000 Segmen B40 terawal", anda hanya boleh tebus Subsidi Peranti RM120 sekali (1) semasa dalam tempoh tawaran.

  • Subsidi peranti RM120 diperuntukkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia hanya layak untuk satu kali (1) penebusan. Jika anda telah menebus dengan Hotlink, anda tidak boleh menebus dengan pembekal perkhidmatan yang lain dan sebaliknya.

  • Ya, anda akan terikat dengan kontrak 24 bulan dengan pelan Pascabayar Hotlink 70. Jika anda tukar ke pelan lebih murah (Pascabayar Hotlink 30, 40 dan 60, Pelan Maxis Family, dan Pascabayar Maxis Share 48, Prabayar Hotlink) atau menamatkan pelan anda, Yuran Penamatan Awal (ETF) akan dikenakan seperti dibawah dan rebat bulanan RM10 akan ditarik balik.

    Jumlah Penalti = [(Harga Runcit Disyorkan (RRP) – Kos Bayaran Pendahuluan) x (Baki Bulan ÷ 24 bulan)] + RM 100

    Anda masih akan menikmati rebat bil bulanan RM10 dan tiada caj ETF akan dikenakan jika anda menaik taraf ke kadar pelan lebih tinggi (Pelan Pascabayar Maxis).

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink