Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Tukar hari ini dan alami Internet 5G dengan telefon 5G percuma

All-New Hotlink Prepaid 5G Passes
Pas Hotlink Prepaid 5G Serba Baharu

Pas naik taraf sehingga 100GB internet 5G berserta 2x lebih pantas sehingga 12Mbps dan 2x FUP!

RM60 rebate for Hotlink Postpaid 5G
Rebat RM60 untuk Hotlink Postpaid 5G

Daftar dalam talian dan nikmati rebat RM10 untuk 6 bulan dengan Hotlink Postpaid 70, 60 & 45.

Free 5G smartphone
Telefon 5G PERCUMA

Naik taraf ke telefon 5G terkini serendah RM0.

The All-New Hotlink eSim
Hotlink eSIM Serba Baharu

Daftar talian Hotlink Prepaid eSIM baharu sekarang dengan aplikasi Hotlink.

3 langkah mudah untuk tukar ke Hotlink dan dapatkan penghantaran pek SIM PERCUMA

Step 1

Perkara yang perlu anda tahu sebelum tukar ke Hotlink

Step 2

Pilih pelan Hotlink anda dan alami 5G tanpa had!

Penghantaran pek SIM Hotlink PERCUMA untuk mulakan pelan pilihan anda.

Step 3

Perkara yang perlu anda tahu selepas permintaan pertukaran dihantar

Need an additional new line and a FREE device

Perlukan talian tambahan baharu dan sebuah peranti PERCUMA?

Lihat pelan Pascabayar kami dengan peranti PERCUMA dan pelan Prepaid melalui kedai online.

Soalan Lazim & Terma dan Syarat

Apakah definisi Tukar ke Hotlink?

Tukar ke Hotlink atau Mobile Number Portability (MNP) membolehkan anda menukar ke pembekal perkhidmatan mudah alih yang baharu, sambil mengekalkan nombor telefon bimbit anda sedia ada.

Anda boleh tukar ke Hotlink dengan:

Adakah saya harus menamatkan talian dengan perkhidmatan mudah alih saya sekarang sebelum menukar ke Hotlink?

Jangan batalkan talian dengan perkhidmatan semasa anda sebelum bertukar ke Hotlink kerana ini akan menghalang anda untuk menyimpan nombor lama anda.

Hanya nombor aktif boleh bertukar ke perkhidmatan mudah alih yang baharu. Untuk bertukar ke Hotlink, sila kunjungi Pusat Maxis, kedai Hotlink atau Kedai Online Hotlink.

Mengapa port out saya (daripada Celcomdigi / UMobile / Unifi) ke Hotlink (Maxis) ditolak?

Anda boleh tukar daripada syarikat telekomunikasi lain, seperti Digi Prepaid, ke Hotlink. Walau bagaimanapun, syarikat telekomunikasi yang lain memiliki langkah berbeza sebelum anda boleh menukar ke pembekal mudah alih yang lain. Untuk memastikan proses port-out anda tidak akan ditolak, anda mungkin perlu membayar habis bil terakhir anda atau apa jua caj penalti sebelum menukar ke pelan telekomunikasi baharu.

Secara umumnya, terdapat beberapa sebab mengapa permintaan port-out anda tidak berjaya, seperti:

  • Anda masih memiliki bil tertunggak, atau tidak dibayar.
  • KAD PENGENALAN atau butiran pengenalan utama anda tidak betul.
  • Anda masih dalam kontrak aktif dengan pembekal telekomunikasi semasa anda.
  • Talian semasa anda yang anda ingin port out bukanlah talian utama anda.
  • Anda belum lagi memulangkan peralatan yang dipinjam oleh pembekal semasa anda.
  • Anda memiliki talian tambahan yang lain yang anda masih belum port out sepenuhnya.

Mengutamakan bahagian ini adalah penting untuk proses penukaran yang lancar. Apabila anda sudah siap, anda akan menerima pengesahan SMS yang anda telah berjaya port out.

Apakah syarat-syarat untuk mendaftar dengan Hotlink prabayar?

Syarat-syarat pendaftaran Hotlink sangat mudah:-   

  • Anda mesti berumur sekurangnya 12 tahun untuk mengaktifkan SIM prabayar.
  • Anda mesti mempunyai kurang daripada 5 talian prabayar aktif dengan Hotlink.
  • Anda harus mempunyai pengenalan diri yang sah cth. i.e. MyKad, Pasport, iKad, MyPR, MyTentera & MyKas

Bagaimana mendaftar dengan menggunakan aplikasi Hotlink?

Siap Sedia

  • Pastikan kamera anda berfungsi.
  • Dapatkan sambungan ke hotspot Wi-Fi.
  • Muat turun aplikasi Hotlink daripada Google Play atau Apple App Store.

Aktifkan SIM anda di aplikasi Hotlink secara mudah dalam 3 langkah:-

  • Pilih “SIM Activation” dan ikuti arahan tertera.
  • Selesai pendaftaran, masukkan SIM ke dalam telefon anda untuk menerima pengesahan SMS bagi pengaktifan SIM.
  • Gunakan aplikasi Hotlink untuk mengemas-urus akaun Hotlink anda dan membuat pembelian.

Apakah ralat yang mungkin saya hadapi semasa menggunakan aplikasi ini dan apa saya harus lakukan?

Ini adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika berhadapan dengan sebarang isu berikut.

  Ralat Tidak Dijangka
Apa yang saya perlu lakukan?
A Selepas mengimbas kod QR; mesej yang muncul di skrin:
“Pengesahan SIM & nombor telefon gagal. Sila pergi ke mana-mana Store Maxis atau Hotlink untuk mendapatkan bantuan.”

Ikuti arahan dan imbas kod QR sekali lagi di ruang dengan cahaya yang cukup dan letakkan pek permulaan dengan kod QR di permukaan rata dan pastikan tiada silau pada gambar untuk melancarkan pengaktifan. Faktor lain mungkin disebabkan kerosakan kamera peranti atau kod QR kurang jelas.

Anda juga boleh mencuba menggunakan telefon pintar lain.

Jika isu ini berterusan, sila kunjungi Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.

B Selepas mengambil gambar ID, butiran peribadi saya tidak dipaparkan seperti yang tertera di kad pengenalan saya.

Ikuti arahan dan ambil gambar ID anda sekali lagi di ruang dengan cahaya yang cukup dan letakkan ID anda di permukaan rata bagi melancarkan pengaktifan. 

Faktor lain mungkin disebabkan kerosakan kamera peranti atau cetakan pada ID anda tidak jelas.

Anda juga boleh mencuba menggunakan telefon pintar lain. 

Jika isu ini berterusan, sila kunjungi ke Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.

C Pengecaman wajah gagal.
Ikuti arahan dan lakukan ujian pemeriksaan Liveness sekali lagi di ruang dengan cahaya yang cukup. Jika isu ini berterusan, sila kunjungi Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.
D Apabila saya cuba mengimbas kod QR, tertera,
“Masih memproses pesanan dengan ID dan nombor yang sama. Sila cuba sebentar lagi.”
Anda mungkin baru sahaja selesai mendaftar Hotlink di aplikasi dan ia masih sedang diproses. Sila cuba selepas 30 minit untuk mendaftar SIM lain atau mendaftar sekali lagi. Jika isu ini berterusan, sila kunjungi Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.
E Saya menerima dengan mesej ini,
“Pengesahan ID gagal kerana pencahayaan yang kurang baik atau fokus kamera. Sila cuba lagi atau berjalan ke mana-mana Store Maxis atau Hotlink untuk mendapatkan bantuan.”

Ikuti arahan dan ambil gambar ID anda sekali lagi di ruang dengan cahaya yang cukup dan letakkan ID anda di permukaan rata bagi melancarkan pengaktifan. 

Faktor lain mungkin disebabkan kerosakan kamera peranti atau cetakan pada ID anda tidak jelas.

Anda juga boleh mencuba menggunakan telefon pintar lain. 

Jika isu ini berterusan, sila kunjungi ke Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.

F Saya menerima dengan mesej ini,
“Anda telah mencapai bilangan maksima SIM prabayar.”

Mengikut peraturan MCMC Malaysia, setiap pelanggan hanya boleh mempunyai 5 talian prabayar aktif dengan Hotlink.

Anda mempunyai 2 pilihan:

  1. Daftar prabayar di bawah pengguna lain
  2. Tukar pemilikan prabayar sedia ada di mana-mana Pusat Maxis atau Hotlink, dan kemudian mendaftarkan prabayar baru sekali lagi.