Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

HOTLINK REWARDS PRABAYAR – SOALAN LAZIM

  • Mulai 21 November 2022, Hotlink Rewards Prabayar telah diperbaharui untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dengan memberi anda lebih banyak ganjaran bernilai dan ciri-ciri baharu.

  • Hotlink Rewards Prabayar baharu membolehkan anda menikmati pelbagai jenis ganjaran melalui aplikasi Hotlink termasuk:-

    1. mendapatkan baucar Hotlink Rewards untuk setiap pembelian sah pas internet apabila anda memenuhi syarat 
    2. memuat turun tawaran Hotlink secara percuma
    3. membeli e-Baucar Hotlink pada harga diskaun
  • Senang sahaja, kemas kini aplikasi Hotlink anda kepada versi 5.6 dan ke atas melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menikmati ganjaran baharu anda.

A. Baucar Hotlink Rewards

  • Anda boleh mendapatkan baucar Hotlink Rewards dengan pembelian mana-mana pas internet berharga RM5 dan ke atas.

    1. mempunyai akaun Prabayar Hotlink yang aktif, tidak termasuk SIM Pelancong Hotlink dan Pascabayar Hotlink;
    2. pernah muat turun dan log masuk ke aplikasi Hotlink sekurang-kurangnya satu (1) kali semenjak pengaktifan servis Hotlink; 
    3. Tiga (3) hari selepas aplikasi Hotlink log masuk dan pengaktifan; dan   
    4. pembelian pas Internet yang harganya termasuk dalam peringkat kelayakan
  • Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pas internet yang layak.

    Peringkat Jumlah Pas Internet Mudah Alih 
    1 RM 5 – RM 9.99
    2 RM 10 – RM 19.99
    3 RM 20 – RM 29.999
    4 RM 30 – RM 39.99
    5 RM 40 – RM 49.99
    6 RM 50 and above
  • Nilai baucar Hotlink Rewards meningkat mengikut peringkat berdasarkan jumlah pas internet mudah alih yang dibeli (peringkat 1 bernilai paling rendah dan peringkat 6 bernilai paling tinggi).

  • Anda boleh menerima mana-mana satu atau lebih jenis baucar berikut tertakluk pada ketersediaannya semasa pembelian pas internet anda.

    1. Data percuma
    2. Diskaun untuk pas Internet; dan
    3. Baucar diskaun untuk e- Baucar
  • Setiap pembelian pas internet yang memenuhi kriteria kelayakan akan memberi anda baucar Hotlink Rewards.

  • Semua baucar Hotlink Rewards akan diberikan melalui aplikasi Hotlink. Anda mesti memuat turun aplikasi Hotlink versi 5.6 dan ke atas untuk menerima sebarang baucar Hotlink Rewards.

  • Anda hanya boleh mengakses baucar Hotlink Rewards anda melalui aplikasi Hotlink. Pergi ke tab 'Ganjaran', klik 'Baucar Saya' untuk melihat dan menggunakan baucar anda yang tersedia.

  • Setiap baucar akan mempunyai syarat penggunaan tersendiri seperti yang tertera pada halaman baucar masing-masing di aplikasi Hotlink. Syarat umum untuk semua jenis Baucar Hotlink Rewards adalah seperti berikut:

    1. Hanya satu (1) baucar Hotlink Rewards boleh digunakan dalam setiap transaksi pembelian;
    2. Semua baucar Hotlink Rewards tidak boleh disusun dengan baucar lain dan tidak boleh digunakan bersama dengan diskaun, keistimewaan atau tawaran promosi lain melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Maxis;
    3. Baucar Hotlink Rewards yang diperoleh tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang atau entiti dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

    Untuk menggunakan baucar diskaun untuk pas internet, anda dikehendaki memilih baucar sebelum pembayaran sebarang pembelian pas internet.

B. Tawaran Hotlink

  • Anda boleh memuat turun tawaran pilihan anda di aplikasi Hotlink versi 5.6 dan ke atas secara PERCUMA.

  • Setiap tawaran Hotlink akan mempunyai syarat tersendiri seperti yang ditunjukkan pada halaman tawaran masing-masing pada aplikasi Hotlink.

C. e-Baucar Hotlink

Anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim e-Baucar Hotlink di www.hotlink.com.my/ms/faq/lifestyle/hotlink-rewards/e-voucher/

Maklumat Tambahan

  • Malangnya, jika anda menggunakan mana-mana versi aplikasi Hotlink di bawah 5.6 , anda tidak akan dapat menikmati Ganjaran Prabayar Hotlink baharu. Selain itu, mulai 1 Disember 2022, anda hanya akan dapat membeli e-Baucar Hotlink dan tidak akan dapat memuat turun sebarang tawaran kerana mata ganjaran tidak akan tersedia lagi.

  • Di Hotlink, kami berusaha untuk sentiasa memberikan anda pengalaman yang lebih baik. Oleh itu, kami membuat perubahan pada Hotlink Rewards untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Hotlink Rewards BAHARU direka untuk memberi anda lebih banyak ganjaran bernilai dan ciri-ciri baharu, termasuk pas internet.

Segalanya pasti seronok dengan Hotlink.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink