Soalan Lazim
Kontrak Peranti Hotlink Postpaid
-
Kontrak Peranti Hotlink Postpaid membolehkan pelanggan Hotlink Postpaid memiliki telefon pintar terkini dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga runcit disyorkan (HRD).
Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis telefon dengan tempoh kontrak 12 bulan atau 24 bulan pada pelan Hotlink Postpaid 60, dan sehingga 36 bulan pada pelan Hotlink Postpaid 70. Harga peranti bergantung pada pelan dan tempoh kontrak yang anda pilih.
-
Berikut adalah bayaran yang anda perlu buat semasa mendaftar kontrak peranti dengan Hotlink Postpaid:
- Harga peranti bermula RM0 (pembayaran sekali).
- Bayaran pendahuluan peranti yang akan dikembalikan dalam tempoh 6 hingga 36 bulan, bergantung pada model peranti dan tempoh kontrak.
- Bagi pelanggan warga asing, deposit RM150 akan dikenakan di samping harga peranti dan bayaran pendahuluan.
-
Anda boleh mendaftar di mana-mana Kedai Maxis, pengedar Hotlink terpilih atau lebih mudah lagi, melalui Hotlink Online Store:
- Kunjungi https://store.hotlink.com.my/
- Pilih model telefon, pelan tarif dan tempoh kontrak yang anda inginkan, kemudian klik ‘Tambahkan ke Cart’.
- Lengkapkan pengesahan melalui TAC dan klik ‘Semak Keluar’ untuk masukkan maklumat peribadi dan butiran penghantaran/kutipan.
- Terima terma dan syarat, buat pembayaran dan selesai.
-
Ya, anda boleh mendaftar jika anda memenuhi polisi kredit kami dan mempunyai pasport yang sah. Anda mungkin akan dikenakan deposit, bergantung pada status pelanggan anda dengan Maxis. Promosi mungkin mempunyai terma dan syarat berbeza. Permohonan anda akan melalui proses semakan dan kelulusan.
-
Bayaran Pendahuluan Peranti diperlukan sebagai komitmen kontrak anda. Jumlah ini akan dikembalikan kepada anda sebagai pengecualian bil bulanan selama 6 hingga 36 bulan, bergantung pada model peranti dan tempoh kontrak anda.
-
Kontrak Peranti Hotlink Postpaid tertakluk kepada polisi Kontrak Peranti Maxis dan akan terikat dengan pelan Hotlink Postpaid 60 atau 70 untuk tempoh kontrak pilihan anda: 12, 24 atau 36 bulan.
Jika anda menurun taraf kepada mana-mana pelan ini (Hotlink Prepaid, Hotlink Postpaid 30, 45, atau 60, Maxis Family Plan atau Maxis Postpaid Share 48) atau menamatkan pelan anda semasa kontrak, anda akan dikenakan Yuran Penamatan Awal (ETF) seperti berikut:
Jumlah Penalti = [(Harga Runcit Disyorkan (HRD) – Kos Pendahuluan) x (Baki Bulan ÷ 12/24/36 bulan)] + RM 100
- Nota: Tiada ETF akan dikenakan jika anda menaik taraf kepada Maxis Postpaid 79 atau lebih tinggi.
Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink