Soalan Lazim
Prabayar Hotlink Pantas - Umum
-
Pek permulaan Hotlink Pantas berharga RM10 dan dimuatkan dengan kredit RM5. Selepas SIM diaktifkan, pelan ini memberi anda 5 hari aktif dan 30 hari tidak aktif.
-
Pek Hotlink Pantas Online Bundle berharga RM25. Pek ini dimuatkan dengan kredit RM2 dan pas Internet 10GB. Pas internet 10GB adalah sah selama 365 hari. Selepas SIM diaktikan, pelan ini memberikan anda 60 hari aktif dan 30 hari tidak aktif.
Anda boleh membeli pek ini dari Hotlink Online Store di www.store.hotlink.com.my.
-
Dengan pelan Hotlink Pantas, anda akan menikmati kadar 30sen/60 saat untuk panggilan & 15sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video adalah sama dengan kadar panggilan suara.
-
Untuk menggunakan internet, beli pas internet dari aplikasi Hotlink (muat turun di Google Play atau Apple App Store, secara PERCUMA). Pek ini tidak dilengkapi dengan Internet Asas PERCUMA.
-
Untuk mengurus akaun Hotlink anda dan menikmati ganjaran, muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play/App Store. Anda juga boleh dail *100# untuk mengurus akaun anda.
-
Semasa dalam tempoh tidak aktif anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, mengirim SMS & melayari internet, sila tambah nilai.
Untuk mengelakkan akaun anda dari luput, nombor telefon anda dibatalkan, sila pastikan anda tambah nilai sebelum tempoh tidak aktif anda tamat.
-
Kredit anda yang tidak digunakan selama tempoh tidak aktif akan dibekukan dan anda hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Apabila anda tambah nilai semula, baki kredit anda yang tidak digunakan akan digabung dengan jumlah tambah nilai anda.
-
Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.
-
Pelan Hotlink anda akan dinamakan semula sebagai Hotlink Pantas. Berkenaan dengan pas internet mudah alih anda, anda akan dapat menikmati pas yang anda telah beli sehingga habis kuota atau sehingga tempoh sah pas tersebut tamat.
-
Tempoh sah akaun/SIM semasa anda akan kekal sehingga anda melakukan transaksi tambah nilai seterusnya.
Sebagai contoh, pada masa ini jika SIM/akaun anda sah sehingga 30 Mac, selepas 30 Mac, sekiranya anda memilih untuk melakukan tambah nilai lebih daripada RM10, tempoh sah SIM/akaun anda akan dilanjutkan selama 30 hari.
Jika anda memilih untuk melakukan tambah nilai sebanyak RM5, tempoh sah SIM/akaun anda akan dilanjutkan selama 5 hari.
Lihat maklumat lanjut mengenai syarat tambah nilai untuk Hotlink Pantas di bahagian Tambah Nilai.
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink