Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

eSIM Hotlink Prepaid

  • eSIM Hotlink Prepaid adalah bentuk kad SIM yang terpasang terus dalam peranti. Dengan eSIM Hotlink Prepaid, anda tidak perlu masukkan kad SIM fizikal untuk guna data, buat atau terima panggilan dan SMS.

    • Apple iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max
    • Apple iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max
    • Apple iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max
    • Apple iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
    • Apple iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max
    • Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone XR, siri iPhone XS dengan iOS 12.1.1 atau lebih baharu
    • Apple iPhone SE (2020), (2022)
    • Apple iPad, iPad Air, iPad Mini & iPad Pro; (Wi-Fi + Cellular; 2019 dan 2020)
    • Samsung Galaxy Z Flip5 5G dan Z Fold5 5G
    • Samsung Galaxy Z Flip4 5G dan Z Fold4 5G
    • Samsung Galaxy Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G
    • Samsung Galaxy Z Flip, Fold & Fold2
    • Samsung Galaxy S20, S21, S22, S23, S24 series
    • Samsung Galaxy Note20 series
    • Samsung Galaxy Tab S9, S9+, S9 Ultra
    • Samsung Galaxy Watch Active2 (LTE)
    • Samsung Galaxy Watch 3 (LTE), 4 (LTE), 5 (LTE), 6 (LTE)
    • Google Pixel 6, 6 Pro, 7 Pro
    • Honor Magic4 Pro 5G, Honor Magic4 Pro
    • Huawei Mate 40 Pro 5G, Mate 40 Pro
    • Huawei P40, P40 Pro, P40 Pro+
    • Huawei Watch 2, 3, 3 Pro, 4, 4 Pro
    • OPPO Find X5 Pro 5G
    • OPPO Find N3 Flip, OPPO Find N3 Fold
    • OPPO Find N2 Flip
    • Vivo X90 Pro
    • Xiaomi 12T Pro, 13, 13 Pro
  • eSIM Hotlink Prepaid tersedia untuk semua pelanggan prabayar dan pascabayar Hotlink yang aktif.

  • Anda boleh mendapatkan eSIM Hotlink Prepaid dengan serta-merta melalui aplikasi Hotlink. Klik DI SINI untuk memuat turun aplikasi Hotlink.

    Sebagai alternatif, eSIM Hotlink Prepaid juga tersedia di semua Kedai Maxis.

  • Tiada pelan khusus untuk eSIM Hotlink Prepaid. Anda boleh menggunakannya dengan mana-mana Pelan Hotlink semasa anda.

  • eSIM Hotlink Prepaid perlu diaktifkan melalui peranti yang menyokong eSIM dan yang disokong oleh Maxis.

    Untuk pengaktifan melalui aplikasi Hotlink, klik "Dapatkan eSIM Prabayar BAHARU", dan ikuti arahan untuk melengkapkan pendaftaran. Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh memuat turun eSIM melalui aplikasi Hotlink atau email.

    Untuk pengaktifan di Kedai Maxis, kit pengaktifan eSIM akan diberikan atas permintaan. Dalam kit pengaktifan, anda akan menemui kad pengaktifan yang mengandungi kod QR yang diperlukan untuk tetapan.

  • Untuk tawaran terhad, tiada caj tambahan untuk mendapatkan eSIM Hotlink Prepaid.

    (Note: Caj semasa untuk pek SIM Prabayar Hotlink akan dikenakan untuk pengaktifan talian baharu.)

  • Ya, anda boleh, jika peranti anda ada dalam senarai peranti eSIM yang disokong. Sila kunjungi Kedai Maxis untuk bantuan.

    Untuk tawaran terhad, tiada caj tambahan untuk menukar SIM Prabayar Hotlink sedia ada anda ke eSIM.

  • Anda boleh menggunakan kit pengaktifan eSIM untuk memuat turun semula profil eSIM anda dengan mengimbas kod QR yang terdapat di kit pengaktifan eSIM. Kami syorkan anda simpan kit pengaktifan eSIM untuk kegunaan akan datang.

    Jika tidak, anda boleh pergi ke Kedai Maxis untuk meminta kit/kad pengaktifan eSIM baharu.

    Caj semasa untuk penggantian SIM mungkin dikenakan.

  • Profil eSIM Hotlink Prepaid adalah setara dengan SIM konvensional anda, mengandungi semua maklumat peribadi SIM. Profil eSIM ini membolehkan peranti menyambung ke rangkaian mudah alih kami untuk menghantar dan menerima panggilan, SMS dan mengakses aplikasi, secara bebas tanpa perlu sambungan Bluetooth ke telefon pintar anda.

  • Sila semak panduan pemasangan manual eSIM yang telah kami hantar ke alamat e-mel yang dikemas kini semasa pendaftaran eSIM. Ikut arahan pemasangan dalam e-mel dengan betul.

    Jika masalah berterusan, anda boleh pergi ke Kedai Maxis.

  • Tidak. Profil eSIM hanya berfungsi pada satu peranti dan tidak boleh digunakan semula pada peranti lain. Jika anda mendapatkan peranti baharu, anda perlu mendapatkan eSIM baharu. Untuk memudahkan peralihan dan mengurangkan gangguan kepada penggunaan anda, kami syorkan anda membuat sandaran dan memulihkan semua maklumat, butiran aplikasi dan sebagainya ke telefon baharu sebelum mengunjungi kedai Maxis untuk penggantian eSIM.

    Setelah penggantian selesai, sambungan mudah alih pada eSIM dan peranti lama anda akan diputuskan sambungan dan anda boleh mengaktifkan eSIM baharu pada peranti baharu dengan segera untuk kekal berhubung.

  • Anda perlu memadam profil eSIM anda dengan menetapkan semula eSIM dan menamatkan langganan yang berkaitan dengan peranti tersebut.

  • Untuk eSIM, sebarang perubahan pada peranti memerlukan eSIM baharu (penggantian SIM).

  • Ya, anda boleh meminta untuk menukar ke kad SIM biasa di mana-mana kedai Maxis. Caj semasa untuk penggantian SIM mungkin dikenakan.

    1. Sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami dengan segera untuk melaporkan kehilangan dan meminta penangguhan sementara bagi mengelakkan penggunaan tanpa kebenaran.
    2. Kunjungi mana-mana Kedai Maxis untuk menggantikan kad SIM anda. Sila bawa MyKad anda, kami akan melakukan pengesahan biometrik sebelum membuat pengubahsuaian.

      Bagi warga asing, sila datang secara peribadi dengan pasport anda. Caj penggantian sebanyak RM10 dikenakan.

Need more information on our Hotlink plans?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink