Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

Pakej RAHMAH Siswa

  • Pakej RAHMAH Siswa adalah program yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar lepasan menengah dengan memberikan pilihan internet yang lebih murah bagi mengurangkan beban kos sara hidup.

  • Semua pelanggan Prabayar Hotlink, rakyat Malaysia pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih.

  • Pas Pakej RAHMAH Siswa boleh dilanggan bermula 16 Ogos 2024 sehingga diberitahu kelak.

  • Pelanggan Prabayar Hotlink yang layak akan menikmati Pas internet 30GB pada RM30, had kelajuan pas adalah 3Mbps, dan tempoh sah 180 hari untuk kedua-dua sim Hotlink dan internet.

  • Pelanggan Prabayar Hotlink yang layak boleh membeli pas Pakej RAHMAH Siswa di aplikasi Hotlink.
     
    Bagaimana?
    Langkah 1: Muat turun/Buka aplikasi Hotlink
    Langkah 2: Klik tab internet > Lain-lain > Pilih Pakej RAHMAH Siswa
    Langkah 3: Klik “Beli Sekarang” dan lengkapkan pembelian anda
  • Kuota Pas internet ini boleh mengakses semua kegunaan.

  • Sekiranya pas internet setiap jam/harian/mingguan/bulanan dibeli dengan pas Pakej RAHMAH Siswa, kuota dari pas internet yang tamat tempoh terdahulu yang akan digunakan terlebih dahulu.

    Melainkan anda mempunyai pas internet yang lebih laju, pas dengan kelajuan yang lebih pantas akan digunakan terlebih dahulu. Cth. anda mempunyai pas Internet Tanpa Had dan Panggilan (6Mbps) 30 hari dan anda membeli pas Pakej RAHMAH Siswa (3Mbps). Penggunaan internet akan pada kelajuan 6Mbps dan bukannya 3Mbps.

  • Pas ini akan tamat tempoh. Anda boleh membeli pas Pakej RAHMAH Siswa baharu atau mana-mana pas internet yang tersedia untuk terus melayari internet.

  • Anda boleh membeli atau mempunyai lebih dari satu pas pada masa yang sama.

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink