Soalan Lazim
Pelan Hotlink Prepaid
Umum
-
Pek permulaan Pelan Hotlink Prepaid berharga RM10 dan ia dilengkapi dengan kredit RM5. Selepas SIM diaktifkan, pelan ini memberi anda 5 hari aktif dan 50 hari tidak aktif.
-
Nikmati kadar rata 30sen/60saat untuk panggilan & 15sen/SMS ke semua rangkaian tempatan. Kadar panggilan video sama dengan kadar panggilan suara.
-
Untuk mengurus akaun Hotlink anda dan menikmati ganjaran, muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play/App Store. Anda juga boleh dail *100# untuk mengurus akaun anda.
-
Pelan Hotlink Prepaid memberikan anda tempoh aktif 5 hari setelah pengaktifan dengan tambahan 50 hari tempoh tidak aktif.
-
Semasa dalam tempoh tidak aktif anda hanya boleh menerima panggilan dan SMS. Untuk membuat panggilan, mengirim SMS & melayari internet, sila tambah nilai. Untuk mengelakkan pembatalan perkhidmatan, sila pastikan anda tambah nilai sebelum tamat tempoh tidak aktif anda.
-
Kredit anda yang tidak digunakan selama tempoh tidak aktif akan dibekukan dan anda hanya dapat menerima panggilan dan SMS. Apabila anda tambah nilai semula, baki kredit anda yang tidak digunakan akan digabung dengan jumlah tambah nilai anda.
-
Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.
Pas Internet
-
Pas Data Harga Tempoh Sah Hotspot Kuota Panggilan Tempatan Tanpa had Tanpa had dengan kelajuan tanpa batas RM55 30 hari Tanpa had Tanpa had Tanpa had 12Mbps dan Pantas 5G (8mlm - 8pg) RM40 30 hari Tanpa had Tanpa had Tanpa had 6Mbps dan Pantas 5G (8mlm - 8pg) RM25 30 hari Tanpa had Tanpa had Tanpa had 6Mbps dan Pantas 5G (8mlm - 8pg) RM12 7 hari Tanpa had Tanpa had Tanpa had 6Mbps dan Pantas 5G (8mlm - 8pg) RM4 1 hari Tanpa had Tanpa had Pantas 70GB (4G/5G) dan 30GB (5G)
(Kuota internet boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand)RM60 30 hari Tanpa had Tanpa had 40GB
(Kuota internet boleh digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand)RM45 30 hari Tanpa had Tanpa had 50GB (4G/5G) dan 50GB (5G) RM35 30 hari Tanpa had Tanpa had 30GB (4G/5G) dan 50GB (5G) RM25 30 hari Tanpa had Tanpa had 3GB RM3 1 hari Tanpa had N/A -
Anda akan dapat menikmati 5G dengan pelan ini jika anda memenuhi semua keperluan berikut:
- Menggunakan peranti berkemampuan 5G;
- SIM anda ialah SIM 4G LTE. Untuk menyemak, hanya dail *100*6*1*4# daripada telefon anda;
- Menetapan 5G pada peranti anda; dan
- berada dalam liputan 5G
-
Muat turun aplikasi Hotlink dari Google Play atau Apple App Store untuk membeli dan mengurus semua pas internet anda. Anda juga boleh dail *100#.
-
Tidak ada had kuota untuk Pas Internet Tanpa Had, anda akan menikmati internet berkelajuan tinggi tetapi setelah mencapai had Polisi Penggunaan Saksama anda akan melayari dengan kelajuan yang lebih rendah.
-
Kami menawarkan internet tanpa had dengan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy/FUP). Setelah mencapai had FUP, pengguna akan dimaklumkan bahawa mereka akan melayari internet dengan kelajuan yang rendah sehingga pas internet luput.
Had FUP berbeza untuk setiap pas internet; 6GB untuk pas 1 hari, 20GB untuk pas 7 hari dan 40GB/200GB untuk pas 30 hari. Tiada had kuota untuk melayari pada kelajuan yang lebih rendah.
Kelajuan dihadkan pada 512kbps, kelajuan ini sesuai untuk strim video definisi standard, aplikasi media social, layaran internet dan lain-lain.
-
Pengguna pas tanpa had akan menikmati kelajuan internet pantas dari 8 malam-8 pagi. Kuota akan digunakan dari “Fair Usage Policy” (FUP). Sebaik sahaja kuota FUP habis sepenuhnya, kedua-dua rangkaian 4G dan 5G akan strim pada kelajuan yang lebih rendah pada 512kbps (sepanjang hari).
-
Semasa tempoh tidak aktif, anda tidak dapat menggunakan kuota baki dari pas internet anda. Tambah nilai untuk terus menggunakan pas internet anda.
-
Pas Internet Tanpa Had dengan kelajuan lebih pantas akan diutamakan.
Contoh: Anda mempunyai pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (6Mbps) 30-hari aktif. Anda membeli lagi satu pas Internet dan Panggilan Tanpa Had (12Mbps) 30-hari; kelajuan internet anda sekarang ialah 12Mbps dan bukan 6Mbps.
-
Seperti semua pas internet mudah alih untuk prabayar, ia adalah pas langganan sekali.
-
Panggilan tanpa had termasuk talian tetap domestik, talian mudah alih, nombor kecemasan dan nombor 1800. Caj mungkin dikenakan untuk panggilan yang dibuat ke nombor khas (cth. 1300/121/20018).
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink