Soalan Lazim
FAQ - Hotlink Postpaid Tawaran Pelajar
Versi 25 June 2024
FAQ - Hotlink Postpaid Tawaran Pelajar
-
Ia adalah tawaran eksklusif rebat bil RM10 untuk 12 bulan dengan pelan Hotlink 45, 60 dan 70 untuk pelajar universiti / kolej.
-
Mana-mana pelajar institusi pengajian tinggi berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dengan ID pelajar yang sah. Pelajar yang layak boleh mendaftar untuk satu (1) talian sahaja untuk tawaran ini.
Sah dengan pengaktifan talian baharu, naik taraf daripada pelan Hotlink Postpaid yang lebih rendah, Prepaid kepada Postpaid ATAU port-in daripada syarikat telekomunikasi lain.
-
Anda boleh daftar untuk tawaran ini dengan dokumen yang sah di mana-mana Kedai Hotlink dan Maxis, atau anda boleh hubungi ejen kami melalui WhatsApp di +6012-3451123 untuk sebarang pertanyaan.
-
Anda perlu bawa dan tunjuk kepada kami:
- MyKad / Passport asal
- ID Pelajar Universiti yang asal dan sah
- MyKad / Passport asal
-
Bayaran pendahuluan RM30 diperlukan untuk pendaftaran Hotlink Postpaid 45, 60 dan 70. Pelajar bukan warganegara Malaysia dikenakan bayaran deposit RM150.
Bayaran pendahuluan peranti akan dikenakan jika anda daftar dengan kontrak peranti baharu dan jumlah bayaran berbeza berdasarkan model peranti dan tempoh kontrak.
-
Ya, tawaran adalah sah, tetapi anda boleh daftar kontrak peranti dengan pelan Hotlink Postpaid 60 atau 70 sahaja.
-
Rebat bil akan ditunjukkan dalam bil anda dari bulan kedua (2) dan seterusnya untuk tempoh dua belas (12) bulan (jumlah rebat bil RM120). Jumlah rebat bil bulan pertama mungkin diproratakan mengikut kitaran bil anda, tetapi rebat bil berikutnya ialah RM10 sebulan.
-
Rebat hanya sah selama 12 bulan dan ia akan mengimbangi komitmen bulanan anda. Komitmen bulanan anda akan kembali dari bulan ke-13 dan seterusnya.
-
Tiada kontrak untuk tawaran ini tetapi jika anda pilih untuk daftar dengan peranti baharu, anda akan terikat dengan kontrak peranti.
Ingin maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink?
Perlu menghubungi kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink