Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Atas arahan SKMM, mulai 2 Mei 2023, SMS dengan pautan URL di antara individual akan disekat.

SMS dengan pautan URL akan disekat mulai 2 Mei 2023.

Baca Lebih Lanjut

Kemas Kini Penting: Tukar ke Terma Syarat Am Perkhidmatan - Pengguna Hotlink. Ketahui Lebih Lanjut.

Pengguna Hotlink: Terma & Syarat Dikemaskini. Ketahui Lebih.

Soalan Lazim

eSIM Hotlink Postpaid

  • eSIM, atau SIM terbenam adalah kad SIM digital yang terpasang terus dalam peranti, menghapuskan keperluan untuk kad SIM fizikal. Ia membolehkan pengguna mengaktifkan pelan selular dan beralih antara penyedia tanpa memerlukan pertukaran kad SIM fizikal.

  • Untuk pendaftaran Hotlink Postpaid baharu, eSIM tersedia di semua Kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis. Bagi pengguna Hotlink Postpaid sedia ada, anda boleh menukar kepada eSIM atau memindahkannya melalui aplikasi Hotlink.

  • eSIM perlu diaktifkan melalui peranti yang menyokong eSIM dan yang disokong oleh Maxis. Kit pengaktifan eSIM akan disediakan atas permintaan di mana-mana Kedai Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis. Dalam kit pengaktifan, anda akan menemui kad pengaktifan yang mengandungi kod QR yang diperlukan untuk pemasangan.

  • Ya, tetapi peranti anda mesti menyokong eSIM dan talian anda mesti aktif (tidak disekat / dihentikan). Ikuti langkah mudah ini untuk menukar kad SIM fizikal kepada eSIM melalui aplikasi Hotlink:

    1. Buka aplikasi Hotlink, pergi ke ‘myHotlink’, dan klik ‘eSIM Manager
    2. Baca panduan, semak alamat e-mel anda dan klik ‘Tukar kepada eSIM
    3. Imbas IC/pasport anda dan lakukan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda
    4. Setelah pengesahan berjaya, klik 'Muat turun & Pasang eSIM'
    5. Tunggu sehingga eSIM berjaya dipasang, kemudian klik 'Selesai'
  • Ya, anda hanya perlu melakukan pemindahan eSIM ke eSIM pada peranti baharu melalui aplikasi Hotlink:

    1. Muat turun dan buka aplikasi Hotlink di peranti baharu anda, kemudian pergi ke ‘myHotlink’, dan klik ‘eSIM Manager
    2. Baca panduan, semak alamat e-mel anda, dan klik ‘Pindah eSIM
    3. Imbas kad pengenalan/passport anda dan buat pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti
    4. Anda akan diminta untuk bersetuju menerima bayaran pemindahan (jika ada), klik ''Setuju dan Teruskan'
    5. Setelah eSIM anda sedia, klik 'Muat Turun & Pasang eSIM'
    6. Tunggu sehingga eSIM berjaya dipasang, kemudian klik 'Selesai'
    7. eSIM anda dalam telefon lama akan dinyahaktifkan sebaik sahaja eSIM anda dalam telefon baharu diaktifkan
    • Peranti semasa anda mesti mempunyai sambungan selular dan boleh menerima notifikasi SMS.​
    • Peranti baharu yang menyokong eSIM mesti disambungkan kepada WiFi yang stabil.
    • Pastikan anda menggunakan aplikasi Hotlink terkini di peranti baharu anda.
    • Talian Hotlink Postpaid anda mesti aktif tanpa sebarang pembayaran tertunggak.
  • Menukar kad SIM fizikal kepada eSIM adalah PERCUMA, tetapi memindahkan eSIM ke peranti lain akan dikenakan caj RM10 untuk setiap pemindahan.

  • Tidak, anda tidak akan terikat untuk mengaktifkan atau memindahkan eSIM. Semua pelan Hotlink Postpaid layak untuk eSIM.

  • Tidak, anda tidak boleh memindahkan eSIM jika talian anda disekat atau dihentikan.

  • Sila kunjungi Kedai Maxis berdekatan dan minta penggantian SIM, serta nyatakan bahawa anda memerlukan kad SIM fizikal. Harap maklum bahawa caj penggantian SIM biasa mungkin dikenakan.

Need more information on our Hotlink plans?

Perlu menghubungi kami?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Hotlink